Pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram di seluruh dunia mempunyai masalah tidak dapat mengakses ke laman-laman tersebut sejak tengah malam Isnin.
Kesilapan perubahan konfigurasi pada ‘router’ dikatakan menjadi punca operasi platform media sosial kendalian syarikat tergendala hampir enam jam.
Menurut satu kenyataan Facebook Inc, kesilapan itu telah menghalang sekitar 3.5 bilion pengguna platform Facebook, Instagram dan WhatsApp daripada mengakses media sosial dan perkhidmatan pesanannya.
“Pasukan kejuruteraan kami mendapati bahawa perubahan konfigurasi pada 'backbone router' yang menyelaraskan trafik rangkaian di antara pusat data kami menjadi punca masalah yang mengganggu komunikasi ini,” katanya.
Kenyataan Facebook boleh diakses di catatan blognya yang boleh diakses di sini: https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage
Pada Isnin, jutaan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram tidak dapat mengakses ke laman-laman tersebut sejak tengah malam Isnin.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.