Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Malaysia Tergolong Dalam Kategori Negara Tidak Sihat, Punyai Beberapa Masalah Kesihatan

Masalah jantung antara masalah kesihatan paling tinggi di Malaysia!
Muhammad Izwan Zainal
11 Nov 2021, 12:21 PM

Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang tidak sihat terutamanya kekurangan kesedaran mengenai aspek kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

malaysia tergolong dalam kategori negara tidak sihat, punyai beberapa masalah kesihatan

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, perkara itu dimaklumkan mengikut statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit jantung.

“Kadar kematian yang tinggi di negara ini akibat Covid-19 banyak berkait rapat dengan mereka yang merupakan penghidap penyakit kronik. Bayangkan di Malaysia, satu daripada dua rakyat obesiti termasuk saya manakala satu daripada empat rakyat Malaysia tidak mengamalkan kecergasan.

“Selain itu, satu daripada 20 rakyat tidak makan mengikut nutrisi yang betul di samping setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan. Saya percaya angka ini sebenarnya masih rendah daripada realitinya,” katanya.

malaysia tergolong dalam kategori negara tidak sihat, punyai beberapa masalah kesihatan

Tambahnya, beliau turut menegaskan sikap dan tingkah laku masyarakat amat penting bagi memastikan semua berdaya saing dalam aspek kesihatan.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini sudah cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah.

“Berdasarkan tinjauan, 95 peratus rakyat memberitahu akan mengikut SOP yang ditetapkan namun masih ada yang meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Sebab itu saya katakan untuk kita beralih, perkara ini sangat penting.

malaysia tergolong dalam kategori negara tidak sihat, punyai beberapa masalah kesihatan

“Justeru, kita perlu laksanakan apa yang disebut sebagai perubahan tingkah laku. Jika hendak mengharapkan Kementerian Kesihatan di lapangan dan bertindak, kita tidak cukup tangan. 

“Kita boleh lihat negara maju seperti Jepun yang berjaya menguruskan pandemik menerusi tingkah laku tanpa perlu mengeluarkan kompaun,” katanya menerusi temubual di sebuah stesen televisyen.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}