Rakyat Malaysia dilaporkan sering menggunakan banyak masa untuk melayari laman web lucah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malah, statistik juga mencatatkan Malaysia menduduki tangga teratas di Asia bagi negara yang paling banyak melayari portal lucah tersebut.
Untuk peringkat dunia pula, Malaysia berada di kedudukan keempat di bawah Slovakia, Bulgaria dan Ireland.
Data ini membimbangkan kerana ia boleh cenderung ramai pihak untuk lakukan perkara tidak senonoh.
Berdasarkan statistik sebuah laman web lucah, trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada hanya 6.5 peratus dari 16 hingga 17 Mac 2020 ketika banyak negara melaksanakan lockdown.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.