trending Apa Maksud Warna, Huruf Dan Nombor Berbeza Pada Signboard Jalan Di Malaysia? Perasan tak nombor, huruf dan warna yang berbeza pada papan tanda jalan? Editor 16 Mar 2019, 03:06 PM Share Tweet Sebagai salah seorang pengguna jalan raya di Malaysia, pasti anda perasan akan perbezaan warna, huruf dan nombor pada papan tanda jalan raya.Papan tanda biru digunakan pada jalan tanpa tol di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.Papan tanda hijau digunakan untuk lebuh raya bertol atau lebuhraya.Huruf 'E' di papan menandakan jalan raya itu adalah lebuh raya.Jalan persekutuan diwakili oleh nombor sahajaJalan negeri diwakili oleh nombor dan hurufHuruf kuning adalah untuk nama jalanHuruf putih adalah untuk bandar-bandar dan kawasanPerkataan putih berlatar belakangkan warna maroon adalah destinasi perlancongan.Perkataan berwarna oren berlatar belakangkan warna hijau adalah institusi bangunan kerajaanDestinasi pada papan tanda disusun dari jauh (paling atas) kepada paling dekat (paling bawah).Sumber: World of Buzz Share Tweet Filled Under : Trending *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.