Cara pemakanan dan diet sangat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan kita. Mungkin ramai yang tak tahu apa yang kita makan boleh jadi punca atau trigger sakit kepala dan migraine. Ada beberapa jenis diet atau makanan antaranya:
1. Cheese yang lama
Cheese yang melalui proses yang lama dan telah menghasilkan tyramine boleh menyebabkan anda mengalami rasa sakit pada bahagian kepala.
2. Citrus fruits atau air yang masam
Air yang masam terutamanya dari jenis limau mengandungi citrus. Buah yang masam mengandungi banyak asid dan boleh memberikan kesan pada kandungan pH dalam badan.
3. Makanan sejuk
Sekiranya anda sudah biasa memakan ais krim atau minum minuman sejuk dengan cepat dalam keadaan badan panas akibat bersenam, mungkin anda lebih senang mendapat sakit kepala kesan daripada rangsangan sejuk yang biasanya berlangsung di mana saja dari 25-60 saat hingga 1-2 minit.
4. Gluten
Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, rai, barli dan triticale. Biji-bijian ini, serta produk yang dihasilkan daripada mereka, boleh menyebabkan migrain.
5. Ketagihan makanan
Bahan kimia tambahan dalam makanan biasanya tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda. Oleh itu, jika anda sering mengalami sakit kepala, cubalah untuk menjauhi makanan tak sihat.
6. Kaffein
Penggunaan kafein yang berlebihan boleh menyumbang kepada permulaan sakit kepala. Itulah sebabnya korang perlu mengehadkan pengambilan kafein anda untuk 200-300 miligram (2-3 cawan kopi) sehari. Perhatikan bahawa kafein juga boleh didapati dalam produk seperti coklat, koko, teh, minuman bergas dan juga beberapa ubat penahan sakit.
Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anda mengalami rasa sakit yang berterusan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.