Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

7 Makanan Ni Memang Legend Di 'Muo'!

Pergi mana-mana tempat lain pun tak sama...
Editor
15 Feb 2018, 11:59 AM

Korang mesti pernah jejakkan kaki di Muar, kan? Pernah tak try makanan legend Orang Muo? Sambil-sambil korang nikmati keindahan Bandar Terbersih di Asia Tenggara ni bolehlah pekena semangkuk dua makanan famous ni.  

#1 Mee Siput

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Everyday Food I Love

Rupanya seperti mee sanggul, tetapi mee siput tidak diguna dalam masakan. Goreng je mee siput hingga kembang, makan dengan sambal tumis pedas manis... memang padu! Korang boleh beli yang dah siap goreng atau beli yang belum digoreng, dan buat sendiri sambal. Memang tak toleh kanan kirilah!

#2 Asam Pedas

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Hungry Go Where

Asam Pedas Mak Pon dan Asam Pedas Pak Yahya di Parit Jawa antara yang famous. Tapi kalau anda sekadar mencari asam pedas di tengah bandar Muar, Asam Pedas Kak Nab di kawasan Bomba Muar pun tak kurang hebatnya. Gerai ni dibuka bermula jam 12 tengah hari. Kalau nak rasa kenalah datang awal, kalau tidak seawal jam 1 dah tinggal kuah je.  

#3 Sate

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Orang Johor

Sate Muar memang istimewa dan terkenal untuk sarapan pagi. Banyak gerai sate yang boleh korang pergi di area bandar Muar. Kalau hujung minggu, sebaiknya datang awal supaya tidak perlu menunggu lama. Datang Muo tak perlu sarapan nasi lemak, order je sarapan popular ni. Selain sate, korang boleh bersarapan mee rebus, soto, mee bandung dan lodeh!

 

#4 Kopi 434

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Kopi 434

Ni memang kopi signature Muar. Kopinya pekat dan aromanya memikat. Korang boleh bawa balik kopi 434 ni, bancuh je dengan gula perang, memang terangkat!

#5 Mee Bandung

7 makanan ni memang legend di

Kredit: VKeong

Rasa manis udang segar, udang kering dan daging menjadikan mee bandung Muar lain daripada yang lain. Jangan terpedaya dengan mee bandung lain yang hanya menggunakan tepung jagung atau keledek, mee bandung Muo menggunakan biskut sebagai bahan pemekat. Antara lokasi mee bandung terbaik seperti Mee Bandung Abang Sayang di 'bus stand' Pagoh, Restoran Manisah di Parit Bulat, Warung Murtabak Tanah Melayu di kawasan kilang ST, Mee Bandung Central dan Mee Bandung Abu Bakar Hanifah di Jalan Abdullah.

#6 Apam Balik Jepun

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Facebook Muar Shop Apam Balik - Pakcik Noh

Ni bukan apam balik inti jagung dan kacang tu, tetapi apam balik Muar yang mesti korang cuba berbentuk bulat dan berinti kacang merah yang terletak di Jalan Sulaiman, tidak jauh daripada Traders Hotel. Ada juga yang panggil apam balik ni, apam dorayaki. Gerai apam balik ni dibuka tengah hari. Jika lambat, memang tak dapat!

 

#7 Nasi Ayam Berlada

7 makanan ni memang legend di

Kredit: Stormz-iylia Blogspot

Selalu kita dengan nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan, tetapi di Muar anda boleh mencuba nasi ayam berlada dan nasi goreng ayam berlada. Memang lain daripada yang lain. Cukup mudah untuk mendapatkan nasi ayam berlada ni. Selain pasar malam, makanan ini ada dijual di Medan Selera Jalan Sulaiman, Warung Besi Jalan Meriam atau Medan Selera Stesen Bas Bentayan.

Apa lagi? Jomlah rancang percutian ke Muo. Memang tak rugi!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}