Pengambilan makanan berkalori tinggi bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti malah ia juga punca masalah botak.
Satu kajian dijalankan sekumpulan saintis dari Universiti Perubatan dan Pergigian Tokyo ke atas tikus untuk mengetahui dan menyelidik kesan terhadap masalah keguguran rambut yang berpunca daripada obesiti.
Hasil kajian mendapati obesiti salah satu punca yang boleh menyebabkan penipisan sel stem folikel rambut (HFSC) yang sering kali mengalami pembaharuan secara sendiri bagi membolehkan rambut untuk tumbuh.
Menurut ketua penulis kajian, Hironobu Morinaga berkata sebilangan HFSC tidak lagi mengalami pembaharuan semula apabila seseorang itu semakin meningkat usia dan ia boleh menyebabkan masalah rambut yang menipis.
“Pemakanan tinggi kandungan lemak akan mempercepatkan proses penipisan rambut dengan mengurangkan HFSC yang mengisi semula sel-sel matang bagi pertumbuhan rambut, terutamanya bagi tikus lebih berusia,” katanya.
Tambahnya, pasukannya turut melakukan pembandingan tindak balas HFSC antara tikus yang diberi makanan dengan kandungan lemak yang tinggi serta tikus dengan diet standard.
“Kami mendapati bahawa tikus yang mengalami obesiti lebih cepat menunjukkan gejala-gejala keguguran bulu dan mempunyai folikel rambut yang lebih kecil,” jelasnya.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.