Seorang ahli politik di Sri Lanka sanggup makan ikan mentah bagi membuktikan hidupan itu tidak membawa risiko jangkitan COVID-19.
Menurut Daily Mail, Dilip Wedaarachchi, 63, yang juga bekas Menteri Perikanan Sri Lanka, menunjukkan aksi itu dihadapan kamera, disamping mahu membantu meningkatkan jumlah jualan ikan ketika pandemik COVID-19 sedang melanda.
Ia susulan beribu-ribu tan ikan gagal dijual selepas Pasar Besar Ikan Marker diarahkan tutup susulan COVID-19, hingga menyebabkan harga ikan terus merosot dan menjejaskan peniaga.
Menerusi klip video yang tular, Wedaarachchi mengeluarkan seekor ikan kembung mentah daripada beg plastik biru dan menggigitnya.
“Saya bawa ikan ini untuk tunjuk kepada kamu. Saya mahu memohon kepada orang ramai di negara ini supaya makan ikan. Jangan takut. Kamu tidak akan terkena jangkitan koronavirus.
“Kami akan makan (ikan) ini secara mentah. Saya akan makan dan tunjukkan kepada kamu,
“Orang di negara ini tidak mahu makan ikan lagi dan pemilik bot pula gagal turun ke laut. Mereka kini berhutang kerana tidak dapat menjual (hasil tangkapan) ikan,” jelasnya.
Orang ramai di Sri Lanka menjadi takut untuk makan ikan ekoran daripada wujudnya kluster Pasar Besar Ikan di Sri Lanka, bulan lalu.
Kluster itu menyebabkan juga beribu-ribu kes jangkitan merebak ke seluruh negara berkenaan.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.