Bersempena perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada 19 November 2019 iaitu esok, perkhidmatan LRT Bukit Jalil telah dilanjutkan sehingga jam 1 pagi.
Menerusi satu kenyataan media oleh pihak Prasarana, Rapid Rail Sdn Bhd telah memanjangkan tempoh operasi bagi stesen berkenaan, namun bagi stesen biasa ia akan tamat seperti waktu biasa. Penumpang bagaimanapun masih boleh keluar dari mana-mana stesen daripada stesen LRT Bukit Jalil.
Bagi bas Rapid KL pula, tiga laluan bas juga akan dilajutkan perkhidmatannya dimana jam terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi, Laluan yang dilajutkan adalah seperti berikut:
Pengguna perkhidmatan awam ini juga dinasihatkan agar menambah nilai secukupnya pada kad Touch 'N Go atau membelu token perjalanan pulang lebih awal bagi mengelakkan segala kesesakan dan kesulitan perjalanan.
Bagi mereka yang memandu, parkir awam juga disediakan atau meletakkan kenderaan di stesen LRT berdekatan seperti LRT Muhibbah, LRT Awan Besar atau LRT Sri Petaling.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.