Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Tragedi Kemalangan Lima Mangsa Rentung, Pemandu Treler Terlibat Ditahan

Salam takziah buat keluarga mangsa.
Muhammad Izwan Zainal
12 May 2022, 05:14 PM

Kemalangan melibatkan lima pelajar universiti di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara tengah malam tadi berpunca daripada pemandu treler telah ditahan pihak polis.

Difahamkan, suspek ditahan di lokasi kejadian, awal pagi ini yang mengakibatkan mangsa rentung dan terkorban.

tragedi kemalangan lima mangsa rentung, pemandu treler terlibat ditahan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya memaklumkan akan membuat permohonan reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

“Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan kereta dinaiki mangsa dengan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

tragedi kemalangan lima mangsa rentung, pemandu treler terlibat ditahan

Dilaporkan, treler muatan mozek sedang dipandu di lorong kanan dengan kereta mangsa mengekori di belakang disebabkan lorong kiri laluan dari Kilometer 246 hingga 244.4 ditutup kerana penyelenggaraan jalan.

“Semasa melalui kawasan tersebut, treler dan kereta itu dipercayai memperlahankan kenderaan sebelum sebuah treler muatan pagar besi tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta tersebut.

“Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan menyeret kereta mangsa ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler lain,” katanya.

Tambahnya, kemalangan itu berlaku dan menyebabkan kereta dipandu mangsa berusia 22 tahun terbakar sebelum merebak ke bahagian kepala treler muatan pagar besi.

“Pemandu kereta dan empat penumpang telah tersepit dan tidak sempat menyelamatkan diri. Kesemua mangsa yang rentung disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mangsa terlibat dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Manakala, pemandu treler berusia 28 dan 37 tahun dilaporkan tidak cedera.

Sumber: Kosmo Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}