
Dipetik daripada laman Facebook Hemsley Conservation Center (HCC), kini anda boleh meletakkan nama pada lipas dan mendapat sijil pengenalan khas.

Program sempena hari kekasih yang disambut pada Februari, HCC memperkenalkan program berkenaan sebagai cara untuk anda ‘membalas dendam’ kepada bekas kekasih anda.
"Kami menawarkan peluang untuk memberikan nama kepada lipas sebagai penghormatan kepada diri anda sendiri, atau "seseorang" yang tidak lagi berharga dalam hidup anda di hari istimewa ini. ", tulis mereka di laman Facebook dengan bayaran seekor lipas kira-kira RM8.

Antara lain, tujuan program berkenaan adalah juga untuk mendapatkan dana bagi pengurusan haiwan di zoo mereka.
Sumber: FB HCC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.