Seorang lelaki bertindak melulu apabila bertindak sengaja menyarung cincin besi pada kemaluannya sehingga tersekat.
Lelaki warga Rohingya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan dan mencabut cincin yang tersangkut pada kemaluannya kira-kira jam 9 malam tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata petugas hospital bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah bagi membantu mangsa.
Sepasukan anggota bomba BBP Pandan Indah tiba di hospital pada jam 9.23 malam bagi memotong dan mengeluarkan cincin yang tersekat pada alat sulitnya.
“Setiba di lokasi, kami mendapati cincin itu masih tersangkut pada alat sulit pelarian Rohingya itu.
“Susulan itu anggota bomba segera melakukan operasi memotong dan mengeluarkan cincin logam itu menggunakan peralatan khas dibawa,” katanya.
Lebih satu jam masa diperlukan untuk menyelesaikan tugasan dan memastikan lelaki berusia 26 tahun itu dalam keadaan selamat.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.