Sejak dari berusia 4 tahun, Yeik Nai Zheng telah menunjukkan minatnya dalam bermain permainan video Tetris pada Gameboy nya. Sehingga usianya melangkau 7 tahun, dia mula berjinak-jinak dalam permainan komputer.
Ketika itu, dia sudah mula bermain permainan Dota dengan menggunakan skrin TV jenis CRT.
Berasal daripada Bagan Serai, ketika berusia 13 tahun, Zheng telah menyertai pertandingan di USM dengan hadiah sehingga RM1 juta, tetapi pasukannya tewas.
Melangkau usia 19 tahun dan menyambung pelajaran di Universiti Multimedia di Melaka, Zheng mula dikenali dalam komuniti gaming antarabangsa.
Zheng yang lebih dikenali dalam komuniti gamers sebagai MidOne, sehingga kini telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM4,163,750 dan antara pemain Dota 2 terbaik di dunia! Wow!
Sumber: WOB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.