Seorang lelaki menjadi jutawan sekelip mata apabila berjaya menjual swafoto miliknya yang diambil di hadapan komputer sejak lima tahun lalu.
Malah, dia swafoto miliknya itu dijual sebagai token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT) pada harga AS$1 juta (RM4.1 juta) kesemuanya.
Berusia 22 tahun, Ghozali menggunakan platform dagangan NFT, OpenSea untuk menjual swafotonya yang dirakam sejak 2017 dan dikenali sebagai @Ghozali_Ghozalu di platform tersebut.
Pelbagai barangan atau karya seni berbentuk media boleh dijual di NFT seperti koleksi gambar, klip video, gif dan sebagainya.
Difahamkan, pembeli yang membeli gambar swafoto tersebut sebagai aset digital eksklusif perlu menggunakan sekurang-kurangnya 0.345 mata wang kripto Ethereum, atau bersamaan dengan AS$1,155 (RM4,826).
Setakat ini, imej swafoto Ghozali telah dibeli dan didagangkan dengan jumlah dagangan keseluruhan mencecah 293 mata wang Ethereum atau AS$986,485 (RM4.1 juta).
Menurut Ghozali, dia tidak menyangka koleksi swafoto melebihi beratus-ratus jumlahnya telah laris dijual.
“Tujuan asal saya merakam gambar swafoto selama lima tahun adalah untuk menyunting video ini (merujuk kepada video yang dimuat naik).
“Saya berharap dapat menghabiskan pengajian di kolej pada tahun ini dan merakam gambar graduasi pula,” katanya.
Sumber: Coconuts
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.