Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Rasa Diri Diancam, Paut Pada Kereta Untuk Selamatkan Diri

Alamak! Bahayanya!
Muhammad Izwan Zainal
18 Apr 2022, 02:30 PM

Seorang lelaki berasal dari China membuat tindakan yang bahaya apabila berpaut pada pemegang pintu belakang sebuah kereta bagi menyelamatkan diri.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.15 pagi yang melibatkan dua buah kereta dan dua buah pengguna motosikal.

lelaki rasa diri diancam, paut pada kereta untuk selamatkan diri

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, pihaknya memaklumkan kemalangan itu berlaku membabitkan dua buah kereta dan motosikal serta seorang pejalan kaki di Kilometer 35 Lebuhraya MRR2.

“Kejadian tersebut berlaku selepas kemalangan, dimana pejalan kaki warganegara China telah cuba untuk masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan,” katanya.

lelaki rasa diri diancam, paut pada kereta untuk selamatkan diri

Tambahnya, kemalangan itu berlaku selepas seorang pemandu kereta dipandu seorang wanita berumur 44 tahun brek mengejut untuk mengelak seorang lelaki warganegara China yang tiba-tiba melintas jalan.

Seorang pemandu kereta yang lain dipandu seorang lelaki berumur 30 tahun sempat memberhentikan kenderaannya yang datang dari arah belakang daripada dilanggar kenderaan lain.

“Tiba-tiba datang penunggang motosikal Yamaha yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 26 tahun dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Vios dan Exora,” katanya.

@utusantvofficial Kejadian pukul 2.12 pagi | 17 APR 2022 | lurimanirza. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV

Kemudian, seorang penunggang motosikal melanggar motosikal yang berlainan yang berada di lorong kanannya.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal Yamaha mengalami kecederaan luka pada bahagian muka, dan penunggang motosikal Kawasaki mengalami kecederaan patah kaki kiri.

“Kedua-dua mangsa telah dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras manakala pemandu kenderaan pula tiada mengalami kecederaan,” ujarnya.

Kes kemalangan diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978, memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Sumber: Utusan TV
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}