Seorang lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat meluahkan rasa bimbang jika dia dicurangi oleh pasangannya yang merupakan hantu.

Gary De Noia berkata, hubungan mereka bermasalah sejak perlaksaan perintah berkurung yang telah dikuatkuasakan hampir dua bulan lalu.
Tambahnya lagi, pada awal hubungannya bersama hantu yang bernama Lisa ini cukup bahagia dan hantu wanita itu juga banyak memberi kebahagiaan serta membantunya menguruskan kerja-kerja rumah.

Namun begitu, Gary mulai rasa bimbang apabila Lisa melanggar perintah berkurung dan keluar bertemu lelaki atau hantu lain.
"Sepanjang bulan ini dia sentiasa keluar. Tak pernah maklumkan dia ke mana. Dia kata keluar dengan kawan.
"Dia mungkin ada dengan sesiapa sahaja. Saya curiga dengan hubungan kami. Saya risau dia curang, tapi dia kata jangan paranoid,", ujar lelaki itu kepada pemberita.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.