Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia kini unggul berada di tangga ke-5 dunia dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Kejayaannya dalam menjuarai Terbuka Thailand membantu Zii Jia naik satu anak tangga, memintas pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam ranking tersebut.
Lee Zii Jia juga menunjukkan ketangkasannya untuk memenangi gelaran di Terbuka Thailand 2022 sekaligus mengharumkan nama negara dalam arena sukan badminton negara.
Senarai tersebut menyenaraikan Viktor Axelsen di tempat pertama, Kento Momota di tangga kedua, Anders Antonsen di tangga ketiga, manakala Chou Tien Chen tersenarai di tempat keempat dunia.
Tahniah sekali lagi buat Lee Zii Jia!
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.