Kredit gambar utama: AFP
Landasan kapal terbang di sebuah lapangan terbang di Yakutsk, Siberia dilitupi jongkong emas selepas pintu pesawat kargo jenis Antonov yang membawa jongkong emas terbuka.
Ketika kejadian pesawat itu baru sahaja berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang di situ apabila pintunya terbuka dan hampir 200 jongkong emas dari lombong Kupol bertaburan di atas landasan.
"Ketika ia semakin tinggi, pintu kargo rosak disebabkan pergerakan kargo dan sebahagiannya bertaburan di atas landasan," menurut Jawatankuasa Siasatan Russia dalam kenyataan di Telegram.
Polis terpaksa menutup kawasan itu untuk mengelakkan penduduk di situ mengambil jongkong emas tersebut.
"Kira-kira 172 jongkong seberat 3.4 tan ditemui. Cuma sebahagian yang jatuh daripada kira-kira sembilan tan yang ada dalam pesawat," kata Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita TASS.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.