Seekor kucing yang pada mulanya tidak bermaya, kusut masai dan keletihan ditemui dalam sebuah longkang, sebelum diambil untuk dibela oleh seorang wanita bernama Roslyn.

Diberi nama Soren, kehidupan si comel ini berubah sejak ditemui pada Disember 2017 di Melbourne, Australia kearah yang jauh lebih baik.
Soren tidak sama seperti kucing yang lain kerana haiwan itu mempunyai masalah pada mata, dimana dia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.

Menurut pemiliknya, kucing kesayangannya itu mempunyai masalah arthritis, yang menyebabkan kedua-dua matanya kabur dan hampir buta sepenuhnya.
Meskipun Soren mempunyai masalah pada mata, namun ia tidak menjadi penghalang untuk Soren menghafal selok-belok rumah baharunya bersama tuannya, Roslyn dalam sebuah apartment di Melbourne.

Disebabkan masalah itu juga, Soren tidak aktif seperti kebanyakkan kucing, dan hanya mampu terduduk berehat sahaja. Namun, dia mempunyai pendengaran yang cukup baik dan mampu mengetahui kehadiran seseorang berdasarkan bunyi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.