Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Korang Mesti Cuba 5 Jenis Bubur Lambuk Ni

Antara 5 jenis ni, korang pernah cuba yang mana?
Editor
15 Jun 2017, 07:30 PM

Bila bercakap tentang bubur lambuk tentunya korang terbayang rasa bubur ayam atau daging berempah yang dimasak bersama kekacang. Bubur lambuk antara makanan yang cukup sinonim di bulan Ramadan yang sering didapati secara percuma di beberapa masjid dan lokasi terpilih.

Dek kerana sudah biasa dengan bubur lambuk Kampung Baru, ramai yang tidak tahu kewujudan versi lain bubur lambuk di beberapa negeri di Malaysia. Korang yang ingin rasai keenakan bubur lambuk, jangan lupa dapatkan bubur lambuk yang diagihkan Skuad ERA dan Honda 16 Jun ini!

#1 Lembah Klang

Bubur lambuk berempah yang sering ditemui di beberapa lokasi di Lembah Klang dan di bazar-bazar Ramadan. Bubur lambuk ini mempunyai rasa lemak daripada santan dan manis daging yang dicampur dengan kekacang dan daun sup serta bawang goreng.

#2 Johor

Kredit: Wikipedia

Hampir sama dengan bubur lambuk Lembah Klang dan kawasan sekitar cuma sedikit berempah dengan penambahan sedikit rempah beriyani, sup bunjut dan rempah kurma.

#3 Sarawak

Kredit: Wikipedia

Berbeza dengan negeri lain. Selain bubur lambuk, Sarawak cukup terkenal dengan bubur pedas yang turut diagihkan pada bulan Ramadan.

Kedua-dua hidangan ini mempunyai cara penyediaan yang hampir sama. Bezanya, bubur pedas berwarna kuning, lebih rasa rempah dan sarat dengan sayur-sayuran seperti cendawan hitam, cendawan butang, tauhu kering, sayur midin, putik jagung, umbut nenas, kacang panjang, daun kunyit sedikit potongan daging atau ayam dan udang kering.

#4 Pantai Timur

Kredit: discover-ganu.blogspot.com

Rasa bubur lambuk Pantai Timur berbeza dengan negeri-negeri lain. Isi ikan antara bahan yang digunakan, selain menggunakan pelbagai ulam-ulaman seperti pucuk ubi, daun cekur manis, pucuk paku, kangkung, daun kadok dan daun kesom.

Bubur lambuk Terengganu misalnya dimakan bersama ikan bilis goreng, keropok, budu dan air limau nipis. Bubur lambuk Kelantan menggunakan ikan kering manakala Pahang pula selain menggunakan isi ikan, turut menggunakan sotong dan udang.

#5 Bubur lambuk Utara

Orang Utara panggil hidangan ini kanji. Bubur lambuk utara tidak menggunakan rempah dan dihidang dengan telur, isi ayam yang dicarik serta kekacang.

Skuad ERA dan Honda akan mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, bermula jam 4.30 petang. Bubur lambuk versi mana agaknya yang akan diagihkan mereka pada 16 Jun ini ya?

Rasai pengalaman pemanduan luar biasa bersama BR-V 7 tempat duduk baharu keluaran Honda yang direka khas untuk pasaran Asia Tenggara dan India. BR-V keluaran Honda ini merupakan model crossover mampu milik yang bergaya dan praktikal dengan harga permulaan RM85,800.

Honda BR-V menggunakan enjin 1.5 i-VTEC dan dilengkapi kotak gear boleh laras berterusan (CVT) yang dibangunkan dengan teknologi Earth Dreams bagi meningkatkan prestasi bahan api dan menjimatkan minyak. Honda BR-V memberikan keselesaan dengan konfigurasi pelbagai tempat duduk boleh laras tanpa memakan ruang dalam kenderaan dan ruang meletak barang yang luas serta dilengkapi pendingin hawa belakang.

Honda BR-V telah yang dianugerahkan 5-bintang untuk ujian pelanggaran ASEAN NCAP. Ia juga turut dilengkapi Beg Udara, sistem Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Pemula Mendaki (HSA), Peleraian Brek Elektronik (EBD) dan ISO Fix (standard antarabangsa untuk keselamatan kerusi kanak-kanak). Malah aspek Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) dinaiktaraf menjadikannya lebih senyap dan selesa.

Dari sudut gaya, Honda BR-V dilengkapi lampu pencahayaan siang dengan DRL, Kemasukan Pintar (Smart Entry), Kemasukan Tanpa Kunci (Keyless Entry) dan kamera undur serta sensor untuk kemudahan pengguna. Maklumat lanjut, layari laman web Honda!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}