Penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 dilarang Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kajian mendapati ubat berkenaan tidak selamat digunakan.
Ubat berkenaan didapati boleh memberikan kesan berganda berkaitan dengan cirit-birit setelah kajian terbukti.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memaklumkan pihaknya belum mempunyai data lengkap mengenai kesan advers ubat antiparasit yang dikhususkan kepada binatang itu.
Malah, setakat ini pihak kementerian juga masih belum mengetahui kesan terperinci terhadap pengambilan ubat berkenaan secara ‘off-label’.
“Kita takut dos, penyerapan atau apa-apa berkaitan Ivermectin ini boleh memberi kesan kepada manusia, sebab itu keputusan selepas kajian dilakukan.
“Bukan kerana kerajaan tidak mahu beri (kelulusan penggunaan Ivermectin secara ‘off-label’) tetapi kita memikirkan keselamatan dan kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau menjawab persoalan di Parlimen berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan R. Sivarasah, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Pakatan Harapan mengenai keputusan kerajaan menghalang penggunaan Ivermectin secara ‘off label’ pada sesi lisan di Persidangan Dewan Rakyat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.