Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memberi tabik hormat kepada semua rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Menurut beliau, disebabkan kepatuhan inilah menyebabkan bilangan kes positif semakin berkurangan.
Tambah lagi, pelaksanaan PKP juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien.
Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru orang ramai agar terus mematuhi PKP meskipun bilangan kes semakin berkurangan.
Setakat 18 April, terdapat hanya 54 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 5,305 kes.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.