Seorang pemandu lelaki berdepan dengan detik mencemaskan apabila kereta miliknya tersangkut pada hadapan lori simen, sebelum diseret di Jalan Klang Lama, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang, lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan menuju ke Puchong, tiba di satu simpang lampu isyarat.
Ketika kejadian, sebuah lori simen berada di laluan berkenaan dan tidak menyedari kereta Axia itu memasuki lorongnya. Ia mengakibatkan perlanggaran sejauh beberapa meter.
Pemandu lori menyangkakan bahawa dia terlanggar lubang dan merasai sedikit gegaran sebelum meneruskan perjalanan. Pemandu itu hanya memperlahankan kenderaan selepas sebuah kereta lain membunyikan hon amaran disebelahnya.
Mujur pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keretanya mengalami kerosakkan teruk.
Video perlanggaran kereta dan lori simen ini menjadi tular dilaman sosial sejak petang semalam.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.