Setakat artikel ini ditulis, sudah 82 negara seluruh dunia dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dengan 95,124 kes positif dan 3,254 dilaporkan maut akibat dijangkiti virus ini.
Sebagai langkah pencegahan, WHO bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia sering memberi peringatan kepada orang ramai agar selalu mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitiser, selain memakai topeng penutup mulut.
Persoalannya, kenapa perlu mencuci tangan dengan air dan sabun?
Virus korona adalah jenis 'enveloped virus', yang mempunyai satu lapisan lemak (lipid membrane) pada permukaan luarnya.
Justeru, dengan membasuh tangan menggunakan sabun, lapisan lemak ini boleh larut sekali di dalam air, sekaligus menyebabkan virus tersebut mati.
Jika anda mempunyai sebarang simptom Covid-19 seperti demam, batuk, letih, atau rasa sakit pada otot, segera dapatkan pemeriksaan rapi di mana-mana hospital ok?
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.