Siapa yang pernah dapat mesej daripada bos selepas waktu bekerja? Adakah anda segera membalas mesej tersebut atau membiarkan sahaja?
Seorang pekerja dari Zhejiang, China, mungkin menyesal kerana tidak membalas mesej daripada bosnya selepas waktu bekerja kerana beliau terus dipecat serta merta.
Gadis yang dikenali sebagai Wang merupakan ketua stor minuman, pulang ke rumah dan menerima mesej daripada bosnya menerusi mesej berkumpulan pada jam 10.23 malam.
Di dalam mesej tersebut, dia ditanya tentang report bulanan dan sempat membalas mesej tersebut hanya selepas 10 minit mesej itu diterima. Disebabkan Wang lambat membalas mesej, dia terus dipecat serta merta dan syarikatnya juga enggan membayar gaji bulan itu.
Sumber: TVBS
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.