Jika sebelum ini Pulau Pinang pernah menyediakan WiFi percuma dinegeri mereka, kini giliran negeri Kelantan untuk menyediakan kemudahan serupa.
Dipetik dari Siakap Keli, kemudahan WiFi percuma telah dilancarkan di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat. Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, beliau berharap agar kemudahan ini digunakan sebaiknya oleh semua orang dan tidak disalah gunakan.
“Kita harap kemudahan ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan tidak menyalahgunakannya untuk menular pelbagai fitnah yang boleh menggugat keamanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kelantan Free Wifi baru-baru ini.
Foto: Kosmo!
Antara lokasi yang menikmati kemudahan wifi percuma dengan kapasiti 50 mbps itu termasuk Medan Mara, Bulatan Jam Besar, Dataran Cheng Ho, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, medan usahawan (stadium) dan beberapa jalan utama sekitar bandar Kota Bharu.
Sumber: Siakap Keli / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.