Stratolaunch, kapal terbang terbesar di dunia yang memiliki 28 tayar dan 117 meter sayap, cukup untuk menutup lebih daripada saiz padang bola sepak, sudah bersedia untuk melakukan penerbangan pertama mereka.
Kapal terbang yang mempunyai berat 250 tan sudah melengkapkan ujian enjin pertamanya, dengan menggunakan 6 jenis kipas turbo jenis Pratt & Whitney 747.
Dibina oleh Scaled Composites untuk syarikat aeroangkasa Paul Allens, iaitu Stratolauch System, pesawat mega ini mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Mei lepas.
Tujuan utama kapal ini dibina bukanlah untuk membawa penumpang sebaliknya adalah untuk membawa roket pada ketinggian tertentu di udara sebelum roket tersebut terbang melepasi ruang angkasa. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga dalam industri aeroangkasa.
Sumber: Stratolauch
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.