PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan seorang daripada kakitangan mereka di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) sah positif COVID-19.

Memetik laporan dari Awani, PLUS memaklumkan kakitangan tersebut merupakan seorang pembantu khidmat pelanggan dan ketika ini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Ekoran daripada itu, PLUS kini mengarahkan semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit supaya melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan.
PLUS juga memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol terbabit.
Sehubungan itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara jam 12.01 tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok bagi proses pembersihan dan disinfeksi.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.