Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa yang selalu pergi AEON tu? Korang tahu tak tentang kad AEON terbaharu ni?
Kredit: AEON Credit Service
Ada bermacam-macam kebaikan dalam kad baharu ni yang sangat menarik dan rugi kalau korang tak apply. 1 For All, iya kad Visa AEON Member PlusCard baharu ini menggabungkan pengguna kad AEON sedia ada ada dalam 1 kad. Nak tebus mata ganjaran dan tambah nilai pun senang dengan adanya AEON Wallet. Tak caya? Jom check out 4 sebab ini!
#1 Boleh Dapatkan 2X Mata Ganjaran AEON Point
Dengan Kad Visa AEON Member Plus korang boleh dapat 2X Mata Ganjaran AEON untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di mana-mana Pusat Beli-Belah AEON, Pasaraya Besar AEON BIG, AEON MaxValu, AEON MaxValu Prime & AEON Wellness.
1X Mata Ganjaran AEON untuk setiap RM1 pula untuk perbelanjaan di luar negara menggunakan kad VISA.
#2 Promosi Eksklusif & Diskaun Hebat Sehingga 70% Di Pusat Beli-Belah AEON, Pasaraya Besar AEON BIG
Ada pelbagai promosi eksklusif untuk barangan terpilih pada harga istimewa & Thank You Day Promotion menanti pemegang Kad Visa AEON Member Plus. Korang juga layak menikmati diskaun eksklusif sehingga 70% serta faedah di lebih 200 kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian di seluruh negara
Korang boleh tukarkan mata ganjaran AEON terkumpul kepada duit tunai melalui aplikasi AEON Wallet pada kadar RM1 untuk setiap 200 mata ganjaran. Boleh pilih nak tebus secara automatik bulanan atau secara manual di website AEON Credit Service atau AEON Wallet. Paling best, Mata Ganjaran AEON ni sah selama 3 tahun.
#3 Boleh Digunakan Di Dalam Dan Luar Negara
Bukan sahaja di Malaysia, korang boleh gunakan Kad Visa AEON Member Plus di mana-mana negara yang menerima VISA atau boleh membeli belah secara online dan melalui e-commerce.
#4 Tambah Nilai Tanpa Cas Tambahan Dan Tebus AEON Point Melalui Aplikasi Dengan Mudah
Korang boleh gunakan aplikasi AEON Wallet. Bukan sahaja boleh membuat penebusan mata ganjaran, boleh bayar secara imbas dan bayar (Scan & Pay) dan boleh tambah nilai Kad Visa AEON Member Plus dengan mudah dan selamat serta tanpa cas tambahan.
AEON Wallet ni adalah satu aplikasi yang menyimpan Kad Visa AEON Member Plus dan Kad Kredit AEON. Lebih mudahlah untuk korang membuat pembayaran, mendapat, dan mengurus Mata Ganjaran AEON. Malah pelanggan yang tertinggal Kad Visa AEON Member Plus pun boleh membuat pembayaran menggunakan AEON Wallet. Imbas dan bayar sahaja!
Tak cukup dengan itu, ada banyak lagi kelebihan AEON Wallet ini seperti:
Kelebihan AEON Wallet
1. Pembayaran mudah dan pantas, hanya imbas kod QR untuk pembayaran di kesemua rangkaian AEON.
2. Menyimpan Mata Ganjaran AEON di dalam app dan memberikan korang mata ganjaran.
3. Aplikasi ni boleh tukar Mata Ganjaran AEON korang kepada tunai.
4. Tambah nilai segera pada bila-bila masa & di mana sahaja tanpa cas tambahan.
5. Boleh check baki & transaksi yang dilakukan.
6. Selamat & dilindungi.
7. Diterima di mana-mana Pusat Beli-Belah AEON, Pasaraya Besar AEON BIG, AEON MaxValu, AEON MaxValu Prime & AEON Wellness.
Kredit: AEON Credit Service
Jadi, apa tunggu lagi? Korang yang belum mohon tu bolehlah memohon Kad Visa AEON Member Plus ni sekarang dan nikmati ganjaran hebat yang ditawarkan.
Jangan lupa muat turun AEON Wallet di Google Play dan Apple Store untuk pengalaman membeli belah yang menarik! Layari Kad Visa AEON Member Plus dan AEON Wallet untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.