Juara dunia catur, Magnus Carlsen tumpas kepada seorang remaja berusia 16 tahun dari India dalam satu kejohanan yang diadakan secara dalam talian.
Lebih 19 pemain elit turut tampil dalam kejohanan tersebut sehingga pemain catur termuda, Rameshbabu Praggnanandhaa menjuarai Meltwater Champions Chess Tour 2022.
Mesra disapa Pragg, dia teruja dan gembira dapat memperbaiki corak permainannya ketika hari pertama kejuaraan dan mengelakkan keputusan seri dalam perlawanan menentang Carlsen.
“Saya amat gembira,” katanya.
Carlsen yang menjadi juara dunia sejak 2013 itu kecewa dan dilihat melakukan banyak kesilapan ketika kejuaraan berlangsung.
Malah, pemain dari Norway itu juga mengakui sedang mengalami gejala-gejala kesan daripada Covid-19, selepas didapati positif wabak itu sebelum kejuaraan diadakan.
“Ia agak teruk. Saya telah bermain dengan baik dalam beberapa set permainan, namun yang selebihnya adalah teruk. Saya perlu melakukan yang lebih baik,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.