Pihak berkuasa Jepun dilaporkan terpaksa memotong lebih 100 ribu bunga tulip yang sedang mekar bagi mengelakkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Bunga tulip yang biasanya kembang mekar melitupi ladang Sakura di timur Tokyo, menjadi tarikan orang ramai termasuk pelancong yang ingin melihat keindahan bunga tersebut.

Namun, kerajaan Jepun terpaksa memotong dan meranapkan keindahan kawasan tersebut supaya ia tidak menjadi tarikan orang ramai yang akan berkumpul disitu.

Malah, pihak berkuasa Jepun turut membatalkan festival bunga tulip tahunan di ladang Sakura Furusato Hiroba.


Bunga tulip yang biasanya menghiasi ladang seluas 7,000 meter persegi itu kini dilaporkan telah musnah dan hanya tinggal daun warna hijau sahaja, malah ada kawasan yang kelihatan seakan lumpur kosong yang tidak mempunyai apa-apa.

Sedihnya!!
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.