Courtney Whithorn, 20, mungkin menyesal dengan tabiat yang sering diamalkannya sejak 2014, iaitu mengigit kuku jari.

Pelajar jurusan psikologi itu disahkan menghidap penyakit kanser kulit jenis acral lentiginous subungual melanoma.
Pada mulanya, jari gadis berkenaan menjadi hitam dan beliau nekad menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan sesiapa.

Namun, penyakit yang menyerang Coutney itu telah sampai ke tahap ke-4 dan demi menyelamatkan dirinya, ibu jarinya itu perlu dipotong.
"Apabila saya mendapati tabiat menggigit kuku menjadi punca kanser tersebut, ia amat mengejutkan saya.
"Di kepala saya, saya hanya fikir saya lakukannya untuk diri sendiri tetapi saya tahu saya tidak patut berbuat demikian. Sukar untuk saya mempercayainya," katanya pada Metro.

Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.