Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Isteri Maut Gara-Gara Kantoikan Suami Curang, Kesan Lebam Berpunca Dipukul Berkali-Kali

Suami kejam pukul isteri sehingga maut?
Muhammad Izwan Zainal
09 May 2022, 06:00 PM

Seorang wanita maut sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat tindakan kejam suaminya yang memukul dirinya di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang pada Ahad.

Menurut laporan pegawai perubatan Hospital Kajang, mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

isteri maut gara-gara kantoikan suami curang, kesan lebam berpunca dipukul berkali-kali

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu melibatkan mangsa berumur 28 tahun dihantar suaminya untuk mendapatkan rawatan.

Pihak hospital mengesahkan kematian wanita berkenaan yang dilaporkan tidak sedarkan diri.

Tambahnya, pegawai perubatan berkenaan bertindak melaporkannya kepada polis apabila mendapati kematian itu mencurigakan ketika pihaknya mengesan kesan lebam pada beberapa anggota badan mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

“Siasatan dijalankan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

isteri maut gara-gara kantoikan suami curang, kesan lebam berpunca dipukul berkali-kali

Susulan  itu, polis menahan suami kepada mangsa yang berumur 38 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik dalam media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit.

“Kes telah dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwaraya Selangor dan suspek akan dituduh pada 9 Mei ini di Mahkamah Majisret Kajang,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}