Artikel ini ditaja oleh IOI City Mall
Kredit: IOI City Mall
Bertaraf antarabangsa dan mind blowing!
Mungkin itu ungkapan paling tepat mengambarkan keadaan terkini serta tarikan terbaru pusat membeli belah terkemuka IOI City Mall Putrajaya apabila fasa keduanya telah dibuka secara rasmi, Ogos lalu.
Di saat ramai yang semakin buntu dengan aktiviti perlu dibuat setiap kali hujung minggu, IOI City Mall muncul dengan penambahbaikan yang serba baru dan fresh untuk dinikmati.
Ye lah, apabila sudah membuka tambahan baru dengan keluasan satu juta kaki persegi, pastinya banyak tarikan diperkenalkan bukan?
Apa Yang Baru Tentang IOI City Mall Fasa 2?
#1 Syurga Buat Kaki Shopping! Banyak Jenama Terkemuka Untuk Fasa 2
Kredit: IOI City Mall
Sudah nama pun pusat membeli belah, pastinya banyak premis atau shop baru yang bakal menjadi tumpuan ramai khususnya buat ‘kaki shopping’.
Dengan pembukaan fasa kedua secara rasmi Ogos lalu, IOI City Mall kini mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan! Rambang mata!
Kalau korang nak tau lagi, IOI City Mall fasa dua mempunyai secara keseluruhan 15 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati tau.
Antara jenama hebat yang bakal mencuri tumpuan untuk fasa kedua ni termasuklah Braun Buffel, Bonia, Coach. Kesemuanya telah mula dibuka.
Tidak ketinggalan bakal dibuka tidak lama lagi adalah Calvin Klein, Steve Madden, Tory Burch, Tumi, Michael Kors, Sacoor Blue, Proton dan banyak lagi!
#2 Hiburan Next Level! Memperkenalkan District 21!
Seriously korang akan mind-blown dengan apa yang ditampilkan oleh IOI City Mall fasa dua ini terutamanya District 21!
Pernah tak korang terbayang akan berada pada tahun 2066? Yup 2066! Tahun yang penuh mencabar buat manusia apabila memasuki dunia pasca apocalypse!
Haa itulah uniknya District 21! Dibina seluas 52,000 kaki persegi, konsep District 21 sangat unik dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia!
Menggabungkan 10 tarikan pengembaraan, District 21 menawarkan aktiviti mencabar seperti mendaki, melompat, menunggang, meluncur dan jangan tak percaya anda juga boleh ‘terbang’!
Jadi jangan lupa bawa keluarga atau geng korang sahut cabaran di District 21.
#3 Kecantikan IOI City Farm! Besnya Bawa Satu Family 😍
Mengangkat tema dan konsep ‘kehidupan planet’ secara indoor, IOI City Farm pastinya menjadi tarikan terbaik untuk ibu bapa membawa anak mereka belajar sambil berhibur!
Pameran didik hibur atau ‘edutainment’ ini mempunyai dua peringkat yang terdiri daripada tiga zon di mana pengunjung boleh berinteraksi dan memerhati lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil comel dan ikan di kawasan seluas 18,000 kaki persegi.
Paling mengagumkan, IOI City Farm turut membawakan ahli zoologi, aquarist dan ahli botani yang berkelayakan untuk memastikan pengunjung boleh menimba ilmu alam semula jadi sambil berhibur!
Memang port terbaik untuk bawa anak-anak dan budak kecil!
#4 Luncur Ais Macam Pro Di Icescape!
Kredit: IOI City Mall
Kalau korang nak tahu, Icescape di IOI City Mall merupakan gelanggang luncur ais terbesar di Malaysia dan ia tercatat secara rasmi di dalam Malaysia Book of Records tau! 👏
Terletak di tingkat pertama IOI City Mall, aktiviti luncur ais di Icescape sangat menarik untuk korang cuba!
Kalau korang tak tahu macam mana nak ice skating, jangan risau sebab ada sesi panduan dan kelas ditawarkan, baik untuk beginner atau profesional!
#5 Gelanggang Badminton & Futsal Di IOI Sports Centre! Kaki Sukan Apa Tunggu Lagi?
Kredit: IOI City Mall
Berita baik untuk peminat badminton dan futsal kerana IOI City Mall mempunyai pusat kemudahan sukan bertaraf dunia!
Kemudahan ini dibina dengan keluasan 41,375 kaki persegi dan menampilkan sebanyak 15 gelanggang badminton dan dua gelanggang futsal mini di aras keempat IOI City Mall Putrajaya fasa kedua.
Paling power, gelanggang badminton IOI City Mall telah berkolaborasi dengan Kelab Badminton Rashid Sidek (KBRS) dalam usaha membangunkan Akademi Badminton IOI Rashid Sidek. Hebatnya!
#6 The Grand Exhibition & Convention Center! Luas & Eksklusif!
Kredit: IOI City Mall
Menariknya lagi tentang IOI City Mall Fasa 2 ini, ia juga mempunyai pusat konvensyen yang eksklusif iaitu The Grand Exhibition and Convention Center.
Pusat konvensyen yang berkeluasan 40,000 kaki persegi ini boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan.
Jadi, kalau korang tercari-cari lokasi untuk mengadakan majlis rasmi atau perkahwinan, apa tunggu lagi! Dah dapat jawapan kan 😉
Berita Baik! Ada Banyak Hadiah & Ganjaran Eksklusif Dengan Club IOI!
Jangan tak percaya, sambil shopping pun korang boleh dapat hadiah dan banyak ganjaran menarik tau! Menarik bukan? Semuanya tu korang boleh nikmati dengan program keahlian CLUB IOI!
Kalau nak tahun CLUB IOI adalah program kesetiaan tanpa kad yang memberi ganjaran kepada korang dengan mata dan keistimewaan lain.
Mata yang dikumpul boleh ditebus untuk menikmati diskaun di mana-mana entiti IOI terpilih dan premis yang mengambil bahagian.
Jadi apa hadiah & ganjaran ditawarkan?
Untuk pembukaan fasa dua ni, korang boleh menikmati hadiah dan ganjaran dengan langkah berikut.
- Belanja RM101 dalam satu resit untuk menebus 1,000 mata CLUB IOI
- Belanja RM250 dalam satu resit di mana-mana cawangan (Fasa 2) untuk menebus hadiah eksklusif beg tote!
Selain itu korang juga layak untuk sertai cabutan bertuah menerusi kempen Blooming Lucky Dip! Korang hanya perlu berbelanja RM250 dalam satu resit dan berpeluang untuk buat putaran cabutan bertuah 🎉Ingat! Semua ini hingga 10 Oktober saja tau!
Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menikmati diskaun parkir RM1 untuk parkir normal dan RM5 untuk parkir premium menerusi aplikasi CLUB IOI!
Jadi apa tunggi lagi? Muat turun aplikasi CLUB IOI dan daftar sekarang! Tebus mata di cawangan yang mengambil bahagian hari ini!
Info lanjut mengenai pusat membeli belah terkemuka ini, layari 👉 IOI City Mall Fasa Dua!