Satu objek asing yang berada di angkasa lepas dilaporkan akan memasuki ruang bumi baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai pengkaji.
Objek yang dilabel sebagai C1979M1 ditemui oleh sekumpulan saintis dari University of Arizona's Catalina Sky Survey dan University of Hawaii's Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System yang pada mulanya disangka adalah batu asteroid.
Namun begitu, hasil pemerhatian mendapati, ia bukanlah batu asteroid sebaliknya adalah serpihan satelit lama milik NASA, dikenali sebagai NASA's Orbiting Geophysics Observatory 1 (OGO-1).
Satelit lama itu telah memasuki ruang atmosfera bumi pada Sabtu, dan ia terbakar menjadi debu serta tidak memberikan sebarang ancaman kepada bumi.
Terdahulu, OGO-1 telah dilancarkan NASA pada September 1964 ke ruang angkasa bumi, bersama-sama lima lagi setelit OGO. Satelit berkenaan digunakan untuk mengkaji bumi dan ruang angkasa lepas.
Bagaimanapun, selepas lima tahun kesemua satelit berkenaan ditamatkan fungsinya pada November 1971.
Satelit OGO-1 dengan berat 487 kilogram telah dibiarkan berada diruang angkasa, sebelum ia mereput dan mengecil menjadi serpihan dan jatuh sebagai debu di selatan Tahiti, dekat Frech Polynesia.
Sumber: NASA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.