Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, dikurangkan kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini untuk masuk ke Indonesia.
![tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/d2_24.jpeg)
Pengumuman itu disampaikan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto untuk mengalu-alukan individu ke Indonesia dan memudahkan mereka ketika memasuki sempadan negara tersebut.
“Peraturan ini terpakai kepada pengembara antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin,” katanya.
![tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/d3_7.jpg)
Malah, pengembara domestik juga diwajibkan untuk individu lengkap vaksin dan bagi mereka yang hanya menerima satu dos vaksin COVID-19 perlu menunjukkan keputusan negatif ujian swab antigen atau ujian PCR.
![tempoh kuarantin di indonesia dikurangkan, hanya 3 hari sahaja kuarantin untuk pelancong asing](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/d4_12.jpeg)
Trend penurunan kes COVID-19 di Indonesia membuatkan keputusan itu dilakukan bagi merancakkan ekonomi negara.
Setakat ini, pelawat dari 19 negara, termasuk China, Perancis, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu, dibenarkan melancong ke Bali.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.