Khamis lalu, puluhan ribu ikan telah ditemui mati di tebing sebuah tasik di kawasan perlindungan di utara Greece.

Perkara itu dilaporkan berpunca daripada suhu tinggi dan kemarau yang berpanjangan. Menurut pegawai alam sekitar, keadaan paras air di Tasik Koroneia telah menurun lebih 70 peratus semenjak tiga tahun yang lalu.
Menurut ahli biologi Athena Patsia pula berkata suhu yang tinggi pada musim kemarau telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.


Beberapa jenis ikan telah ditemui mati antaranya ikan mas, sunfish dan ikan-ikan air tawar yang lain.
Tasik Koroneia merupakan tasik yang terbesar di Greece dan terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar pelabuhan Thessaloniki.
Pada tahun 2015, paras air tasik tersebut berada pada tahap yang stabil. Bagaimanapun, musim panas yang berpanjangan telah mengakibatkan situasi semakin buruk.
Perkara itu turut menjejaskan sumber nelayan di kawasan tersebut.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.