Tular baru-baru ini apabila warganet kecoh apabila menemui dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah dan ia dikatakan berkisah daripada cerita sebenar.
Namun, pihak syarikat telah memberikan penjelasan siri animasi yang diterbitkan adalah rekaan semata-mata dan bukan daripada cerita sebenar.
![viral kisah upin ipin dari indonesia, ibu saudara waris pemilik kubur tampil beri penjelasan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/b3_19.jpg)
Memetik laporan Kosmo, ahli keluarga pemilik makam tersebut tampil memaklumkan kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri animasi popular itu.
Menurut ibu saudara kanak-kanak tersebut, Limiyadin dan keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.
![viral kisah upin ipin dari indonesia, ibu saudara waris pemilik kubur tampil beri penjelasan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/b5_11.jpeg)
Tambahnya, dakwaan mengatakan kedua kanak-kanak itu kembar ternyata salah tetapi mereka merupakan abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.
“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.
“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” katanya.
Sumber: [1] [2]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.