Sebuah pusat penyimpanan mayat di Surabaya, Indonesia menjadi tumpuan orang ramai apabila menawarkan servis mewah untuk penyimpanan mayat.
Reka bentuk bangunan Grand Heaven yang dibina seakan sebuah hotel mewah bertaraf tujuh bintang itu begitu menarik minat para pelanggan.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, seorang pengguna memaparkan keadaan sebenar di dalam hotel tersebut.
Pusat penyimpanan mayat ini mempunyai tiga jenis bilik iaitu Suite Presiden, Bilik VVIP dan Bilik Suite.
Suite Presiden dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, set dapur, bilik mandi, ruang tamu dan televisyen yang disewakan pada harga 100 juta rupiah (RM29,491) untuk satu malam.
Malah, pihak pengurusan juga mempunyai ruangan tempat penyimpanan abu mayat serta lokasi pengebumian.
Proses mengurus pengebumian seperti bermula daripada peti simpanan mayat, membawa dan membakar mayat antara kemudahan disediakan di situ.
Peminat drama Korea pasti menyamakan kemudahan itu seperti dalam drama popular Korea, Hotel Del Luna yang mempunyai perkhidmatan seperti hotel berkenaan.
“Ternyata Hotel Del Luna itu wujud,” tulis seorang warganet.
“Saya pernah terbaca bahawa terdapat perkhidmatan spa buat mayat di hotel ini,” komen seorang warganet.
Sumber: Suara.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.