Seorang guru di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merogol 13 pelajarnya.
Mahkamah mengesahkan hukuman tersebut dan kes ini mendapat perhatian warga Indonesia serta Presiden Joko Widodo.
![guru kejam, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup akibat merogol 13 pelajar sendiri](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/c5_60.jpg)
Kes ini juga mengundang kemarahan di seluruh negara akibat perlakuan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Mahkamah daerah Bandung di Jawa Barat mendapati suspek Herry Wirawan didakwa bersalah akibat kesalahan merogol 13 pelajar perempuan di yayasan sekolah pondok di Bandung.
![guru kejam, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup akibat merogol 13 pelajar sendiri](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/c2_11.jpg)
Malah, lebih menyedihkan apabila kesemua mangsa berasal dari keluarga miskin dan remaja bawah umur.
Setakat ini, lapan mangsa sudah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang mengandung.
Pendakwa raya sebelum ini mendesak agar pelaku dihukum kembiri atau dikenakan hukuman mati.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.