Gejala pening kepala bukanlah satu perkara yang kita boleh ambil ringan. Antara punca terjadinya pening kepala adalah tekanan darah rendah dan juga vertigo.
Vertigo merupakan satu keadaan bila anda merasakan diri tidak seimbang menyebabkan rasa sakit kepala dan juga loya.
Individu yang mengalami vertigo akan mendapati persekitarannya seolah-olah sedang bergerak dengan sendirinya, meskipun ketika itu beliau sedang duduk mahupun berbaring statik.
Menurut laman WebMD, vertigo boleh terjadi disebabkan jangkitan atau perubahan tekanan dalam telinga. Malah, ia juga boleh terjadi akibat daripada trauma pada leher atau kepala selepas berlakunya kemalangan.
Antara simptom vertigo adalah seperti:
1. Sakit kepala
2. Muntah
3. Berpeluh-peluh
4. Keadaan mata yang bergerak ke tepi beberapa kali (Nystagmus)
5. Kepala berpusing
6. Rasa tak seimbang
7. Rasa bergoyang
8. Bunyi desing dalam telinga.
Gelaja vertigo ini boleh terjadi selama beberapa minit hingga beberapa jam, dan akan hilang dengan sendirinya dalam kebanyakkan kes. Namun jika gejala vertigo ini berterusan, sila dapatkan rawatan selanjutnya daripada doktor.
Sumber: KKM, WebMd
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.