Kredit gambar utama: Shutterstock
2017 hampir melabuhkan tirai, ramai yang mengambil peluang cuti persekolahan ini untuk bercuti bersama keluarga dan menghabiskan baki cuti tahunan. Anda sedang berkira-kira untuk bercuti? Jom rebut peluang menyertai cabutan bertuah anjuran PETRON dan menangi Mata Ganjaran AirAsia BIG sehingga 200,000!
Iya, ini bukan 'sembang kosong'. Mulai 15 November hingga 14 Disember 2017 ini, pelanggan Kad Petron Miles yang mengisi minyak bernilai RM50 layak menyertai cabutan bertuah ini. Bukan sekali tetapi berkali-kali sepanjang tempoh promosi.

Sebanyak 60,000 mata ganjaran AirAsia BIG menanti 4 pemenang setiap hari. Siapa tahu anda mungkin menjadi salah seorang daripada 3 pemenang utama berupa Mata Ganjaran AirAsia Big bernilai 200,000!
Apa tunggu lagi? Jika anda pengguna Kad Kesetiaan Petron Miles berdaftar yang juga ahli AirAsia BIG, jom sertai cabutan bertuah ini hari ini! Anda hanya perlu isi minyak Blaze 95, Blaze 97, Blaze 100, Diesel atau Turbo Diesel bernilai RM50 dalam satu resit dan nantikan pengumuman nama-nama pemenang di Facebook Petron Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.