Jika sebelum ini seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun tular dilaman sosial kerana hubungan akrabnya bersama kerbau peliharaan, kini tular pula gambar gadis bersama seekor kerbau berwarna pink.
Gadis Kerbau, itulah jolokan kepada Nadia Khairun Nisa Yusof, 17, yang pernah suatu ketika dahulu dikenali dek kerana minatnya terhadap kerbau dan haiwan ternakkan bapanya.
Dipetik daripada Facebook Amazing Terengganu, Nadia dilihat bersama-sama kerbau unik berwarna merah jambu dan ia mendapat perhatian orang ramai.
“"Gadis kerbau" @nadiaa_yusof37 di kg. Gemuruh. Kuala Nerus. Kerbau yang keler pink kerbau balau atau balo. Jarang2 juper awek hok buleh dekat ngan kerbau ni. Pernah viral dulu tahun 2017. Kini Nadia byk membantu keluarganya menguruskan kerbau dan melapah daging.
.
.
#amazingterengganu #terengganu #malaysia #culture #lifestyle#people #heritage #kerbau #girl”
Pelajar tingkatan 5 daripada SMK Sungai Tong itu juga sering menjadikan kerbau pink yang diberi nama Awang sebagai rakan sepermainannya sejak dari 6 tahun lalu.
“Saya beri dia makan, mandikan dia, bawa dia ke padang ragut untuk berkubang sebelum balik ke rumah menjelang waktu senja. Jika tak jumpa Awang sehari saya rasa macam kerinduan, tak senang duduk dibuatnya."
“Sebab itu saya tidak dapat bayangkan perasaan sekiranya terpaksa berpisah dengannya suatu hari nanti,” kata anak kedua dari empat beradik itu ketika ditemui Bernama di kandang kerbau milik bapanya di Kampung Gemuruh.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.