Tidak ramai yang suka untuk mengemas barang masuk kedalam beg. Lebih mengharukan, ia mungkin menggunakan banyak beg bagi memasukkan banyak helai pakaian berserta kasut-kasut.
Namun, itu tidak menjadi masalah kepada gadis berusia 19 tahun ini, Elizabeth Childs, yang berjaya mengemas barang miliknya kedalam satu beg untuk pulang ke kampus Universiti Winston-Salem State, di utara Carolina.
Mana tidaknya, Elizabeth berjaya memasukkan 50 helai pakaian dan 9 pasang kasut kedalam satu beg dalam masa setengah jam.
Rata-rata pengguna laman Twittter memuji kepakaran gadis ini dan menyifatkan dia sebagai genius. Malah ada juga yang mempersoalkan tentang bagaimana beliau boleh melakukan sedemikian.
“Saya nak pergi dua hari pun terpaksa bawa 20 beg..”, ujar seorang netizen pada post berkenaan.
Sumber: Twitter @SlimStickLiz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.