Satu penerbangan di China tergendala hampir sejam selepas seorang penumpang wanita membuka pintu kecemasan dengan sengaja.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pesawat Xiamen Air dari Wuhan ke Lanzhou pada jam 3.45 petang.
Menurut laporan, anak kapal penerbangan sudah memberitahu wanita berkenaan agar menjauhkan diri daripada pintu kecemasan, namun tidak diendahkan olehnya.
Wanita berkenaan dilihat terus membuka pintu kecemasan kerana mahu mendapatkan udara segar.
Ini bukanlah pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. Awal tahun ini, seorang lagi wanita ditahan pihak berkuasa selepas melemparkan syiling kedalam enjin pesawat bertujuan bagi mendapatkan nasib yang baik.
Macam-macam!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.