Fenomena ‘laut terbelah’ di kawasan Pantai Mek Mas, Kuala Besar menjadi tular di media sosial dan ramai pengunjung datang ke kawasan tersebut hujung minggu lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, fenomena itu membolehkan orang ramai berjalan di tengah-tengah beting pasir yang dipercayai terbentuk akibat air surut.
Seorang pengunjung, Sabariah Ibrahim, 50, mengakui teruja dapat melihat fenomena yang dianggap pelik itu.
“Jika sebelum ini saya hanya melihat fenomena itu menerusi perkongsian video sahaja selepas ia tular beberapa hari lalu.
“Namun hari ini, saya dapat melihat ia secara jelas dan ia menjadi pengalaman baharu,” katanya.
Tambahnya, dia sanggup memandu dari Berek 12 ke Pantai Mek Mas untuk menyaksikan kejadian dengan matanya sendiri.
Bagi Diyana Kamaruddin, 24, perasaannya membuak-buak untuk menyaksikan fenomena itu secara sendiri selepas menonton rakaman video yang tular di media sosial.
“Mulanya saya ingat biasa-biasa sahaja, tetapi bila dilihat secara 'live' ia betul-betul menakjubkan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.