Fenomena Ekuinoks akan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan matahari berada betul-betul di paras garisan Khatulistiwa selama sehari bermula pukul 3.21 pagi, pada Khamis.
Ketika peristiwa ini berlaku, bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, peristiwa ini akan terjadi dengan masa siang dan malam sama panjang iaitu masing-masing selama 12 jam.
“Bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengah hari tanpa bayang.
“Ini kerana matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya Ekuinoks,” katanya.
Sumber: Planetarium Negara
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.