Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan misi memburu pemain kacukan yang beraksi di luar negara untuk memantau dan mencari individu berbakat diserap dalam skuad Harimau Malaya.
Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, FAM terus komited dalam membuka ruang kepada pemain kacukan lain untuk berbakti dalam skuad kebangsaan.
Baru-baru ini, aksi Dion Cools dalam Liga Juara Juara Eropah bersama kelab Denmark, Midtjylland menjadi pemangkin skuad kebangsaan untuk terus menguatkan bentang perlawanan.
Malah, lebih enam pemain berdarah kacukan bersama skuad kebangsaan seperti Sam Sommerville, Matt Davies, Dominic Tan, La Vere Corbin Ong, Junior Eldstal dan Brendan Gan.
“Kita harap banyak lagi pemain (berdarah kacukan) mungkin Wan Kuzain, kita dapat tahu hari ini (kelmarin) ada ciapan di Twitter (dia) macam berminat. Kita pernah ikuti perkembangannya dalam setahun ke dua tahun lepas.
“Kita sedia menerima pemain berkualiti untuk memberi peluang kepada barisan kejurulatihan memilih bagi membarisi skuad kebangsaan.
“Bila kita dapat itu (pemain kacukan), kita sama-sama berdoa dan harapkan pasukan ini berjaya,” katanya.
Terdahulu, Wan Kuzain Wan Kamal yang ketika ini beraksi bersama Rio Grande Valley di Amerika Syarikat (AS) dilihat tertarik untuk bersama skuad kebangsaan selepas kehadiran Cools.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.