Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Boleh Masuk 50 Orang Sekali, Facebook Umum Fungsi Baru Panggilan Video Berkumpulan

Lepas ni boleh lah buat meeting dekat sini pula kan
Editor
26 Apr 2020, 02:48 PM

Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, ramai yang mencari alternatif lain dalam berkomunikasi sesama manusia. Antaranya adalah dengan menggunakan aplikasi Zoom dan juga Houseparty.

Namun, terdapat kekurangan dalam dua aplikasi tersebut, sehinggakan terdapat laporan bahawa data privasi pengguna telah diceroboh dengan ribuan rakaman video terdedah selepas menggunakan aplikasi panggilan video terbabit.

Kini, Facebook telah memperkenalkan fungsi panggilan video berkumpulan yang lebih stabil dan selamat, dikenali sebagai Messenger Rooms.

boleh masuk 50 orang sekali, facebook umum fungsi baru panggilan video berkumpulan

Apa yang membezakan aplikasi Messenger Rooms ini adalah keupayaan ia untuk melakukan panggilan video sehingga 50 orang dalam satu masa, dan juga membenarkan pengguna menambah efek kamera AR ketika sedang berkomunikasi.

Berbeza dengan Zoom yang hanya terhad kepada 40 minit panggilan video, Messenger Room pula tiada had masa, malah boleh juga menambah panggilan kepada pengguna yang tidak mempunyai akaun Facebook untuk bersama dalam panggilan video berkumpulan ini.

boleh masuk 50 orang sekali, facebook umum fungsi baru panggilan video berkumpulan

Fungsi Messenger Rooms ini bagaimanapun akan diperluas kepada semua pengguna Facebook diseluruh dunia secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain, Facebook juga telah mengumumkan bahawa panggilan video WhatsApp kini dipertingkatkan daripada empat orang kepada lapan orang. Selain itu, syarikat itu juga menambah ciri panggilan video dalam aplikasi Facebook Dating supaya pengguna perkhidmatan tersebut dapat bertemu si dia secara atas talian.

Facebook juga mengatakan ia akan memperluas ciri live streaming Facebook dan Instagram-nya. Misalnya pengguna Instagram kini dapat berkongsi strim langsung mereka terus kepada IGTV, memberikan pengikut lebih banyak masa untuk menonton siaran langsung setelah mereka tamat strim.

Sumber: CNBC

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}