Syarikat media sosial terbesar dunia, Facebook mengumumkan untuk menukar namanya kepada Meta, pada Khamis.
Penjenamaan semula itu memberi fokus kepada membina ‘metaverse’, iaitu persekitaran maya perkongsian yang akan menjadi pengganti kepada internet mudah alih.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg memaklumkan nama baharu itu mencerminkan usaha melabur dalam metaverse berbanding perkhidmatan media sosial yang terus digelar Facebook.
“Sudah tiba masanya untuk kami mengguna pakai jenama syarikat baharu bagi merangkumi semua yang kami lakukan, mencerminkan siapa kami dan apa yang kami harap untuk bina.
“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mulai hari ini, syarikat kami kini adalah Meta. Misi kami kekal sama. Ia masih mengenai menyatukan orang ramai.
“Aplikasi kami dan jenama kami, ia juga tidak berubah dan kami masih syarikat yang mereka bentuk teknologi di sekeliling,” katanya.
Metaverse adalah istilah yang dicipta dalam novel dystopian 'Snow Crash' tiga dekad yang lalu dan kini menarik perhatian ramai di Silicon Valley.
Ia merujuk secara meluas kepada idea alam maya dikongsi dan boleh diakses oleh orang ramai yang menggunakan peranti berbeza.
Tambahnya, jenama Facebook berkait rapat dengan satu produk sehingga tidak boleh mewakili semua yang dilakukan hari ini dan masa depan.
Jadi, syarikat itu melakukan perubahan itu yang menghimpunkan aplikasi dan teknologi yang berbeza di bawah satu jenama baharu.
Namun, penjenamaan semula ini tidak akan mengubah struktur korporatnya sedia ada.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.